The Unsung Hero by Melur Jelita
Assalamualaikum w.r.t
The Unsung Hero adalah sebuah novel yang sudah setahun bersama saya.
Milik adik saya yang telah dipindah milik kepada saya kerana dia tahu saya
pecinta buku. Kalau saya yang simpan mesti tip top penjagaannya.
The Unsung Hero by Melur Jelita |
Setelah setahun berlalu, baru saya rasa tertarik dengan buku di atas
rak. Dari tajuk nya, saya rasa buku ni poyo. Tajuk memang cliche novel
habis lah, watak hero yang mesti lelaki sejati punya. That's was my
first impression.
Setelah dibelek-belek, rupanya cerita ni menggunakan bahasa dialek bahasa Kelatan. Walaupun penggunaanya hanya 30%, namun ia dapat menyentuh perasaan rindu seorang anak jati negeri Cik Siti Wan Kembang. Selain itu, latar belakang tempat cerita ini juga tertumpu di Negeri Serendah Sekebun Bunga. Nak tanya Melur Jelita ni orang Kelantan ke?
Antara perkara yang menarik perhatian saya, plot cerita ini bermula dari watak hero dan heroin masih budak-budak. Si Mariam masih lagi bersekolah, namun Irvan sudah menjejakj kaki masuk Universiti. Kisah trajedi yang menjadikan cerita ini sangat menari apabila Irvan membawa diri yang berduka-lara kerana kehilangan keluarga tersayang. Mariam pula sakit berbulan-bulan kerana menanggung rindu yang tidak terucap.
Perjumpaan semula 2 orang sepupu yang dianggap adik-beradik ini, ser-ta kehadiran watak baru Riyaz makin menjadikan cerita ini menarik. Novel ini pun dah tak boleh tinggal. Letak untuk makan dan solat sahaja. Punya la mainan Melur Jelita ni menjadi, membuat pembaca tidak keruan.
Pergolakkan jiwa Mariam yang tidak habis-habis berkocak dari kecil sehingga dewasa menjadikan ia makin susah untuk Irvan mendapatkannya semula. Ingatan tulus ikhlas nya terhadap Irvan juga hilang seperti angin yang berlalu. Namun watak lelaki sejati yang dinafikan Irvan ada di dalam dirinya.
Penceritaan berkenaan dengan Pasukan Khas Polis Diraja iaitu Komando VAT 69 memberi keunikan kepada cerita ini. Jarang-jarang novel mengetengahkan cerita seperti ini, kerana biasanya kaki novel merupakan kaki jiwang. Terasa sukar untuk dijelaskan perkara teknikal dan fakta kepada kaki jiwang. Namun Melur jelita berjaya menggarapkan watak Unsung Hero di dalam diri Irvan sehingga watak polis ini sangat menarik dan memainkan peranan penting.
Akhirnya dengan trajedi menimpa Riyaz, Mariam berjaya dimiliki Irvan. Perjuangan bertahun-tahun untuk mendapatkan Si Blackswan. Dengan beberapa lagi soalan yang masih belum terjawab, semestinya lah akan ada sambungan kepada The Unsung Hero ini. Tahniah Melur Jelita. Lucy bagi 5 bintang.
Comments
Post a Comment