Trip ke Pulau Tioman RM220
Assalamualaikum w.r.t
Trip ke Pulau Tioman. It’s cost me about RM 220.
Saya memang nak pergi pulau untuk main dengan air masin, sebab air masin ni ada aura yang tersendiri. Kalau rasa macam diri kurang bersemangat dan lost, saya akan ke Pulau atau pantai sebab 2 tempat ni sangat tenang dan menyenangkan.
Ini trip kedua saya ke Pulau Tioman. Trip pertama saya adalah bersama company trip dan kami menginap di Kampung Juara. Kebetulan ada kenalan saya orang Tioman akan melangsungkan perkahwinan di sana, jadi sekali harung sahaja lah. Trip 2 hari 1 malam, di Kampung Air Batang.
Peta Kampung Air Batang. Chalet di sepanjang tepian pantai yer |
Langit cemerlang |
Day 1
8.00 pagi - Bergerak dari JB ke Pelabuhan Tanjung Gemok, ambil masa 2jam 30minit.
Minyak kereta rm50 0pergi balik. Share 2 orang
11.30 pagi - Feri bertolak. Kami booking dulu feri sebab takut penuh. Boleh booking
online. Harga tiket rm70 pergi balik. Tiket taman laut RM5
2.30 petang - Sampai Jeti Air Batang. Kami stay Air Batang sebab kenduri di kampung ni.
Sampai jer terus makan kenduri. Jimat belanja. Hehe. Lepas tu Bergambar
sakan dengan pengantin.
4.00 petang - Kami check in kat chalet Air batang 7 Restaurant. Memang banyak chalet kat
sini, bisnes orang penduduk kampung. Boleh pilih dekat website, saya book kat Agoda.com. RM90/2
person.
4.30 petang - Selepas solat Jamak Takhir, bersiap nak pergi main pantai di taman laut.
Sewa dulu set snorkling rm20/set.
Kami berjalan jer dari Air Batang ke Taman Laut, Kampung Tekek dalam 20
minit jalan hiking. Main air sampai nampak sunset. Azan berbunyi terus
kelam kabut nak balik chalet.
8.00 malam - Dah siap Jamak Takdim, saya ke restoran tempat office penginapan saya.
Wifi signal kuat sikit kat situ. Ada perkara mustahak dan saya perlu online
masa tu jugak. Upload ig pun skali jalan.
8.30 malam - Dinner. Saya dinner di sunset restaurant. Boleh la mee kari rm8.50. Air teh O
limau rm4.50
10.00 malam - Makan ikan bakar hasil memancing sahabat-sahabat yang sampai awal sehari
dari kami. Lepas tu tak cukup kenyang pergi lagi restaurant sunset lain.
Ngeteh sampai 2 pagi. Sembang kosong sahaja sambil layan angin malam.
Sunset di Taman Laut, Kampung Tekek |
Layan sunset sebelum Maghrib |
Sempat lagi buat pose menarik |
Day 2
7.00 pagi - Keluar dari chalet untuk sarapan. Tuan rumah sediakan sarapan ringkas Nasi
goreng, roti dan kaya serta teh. Alhamdullillah free.
8.00 pagi - Kami hiking lagi. Untuk pergi Monkey Bay. Dengar cerita kat sana cantik.
Tapi tgk petunjuk masa hiking macam jauh. Ambil masa 1 jam setengah. Jadi
kami singgah di Panuba Inn. Kat sini pun cantic, ambil masa 15 minit sahaja
hiking. Main air dan snorkling sampai lebam.
11.00 pagi - Naik atas, makan tengahari di Restaurant Panuba Inn Resort. Bajet RM20
makan. Dah makan, dah kenyang, malas la pulak nak hiking. Trek pun boleh
tahan mencabar. Ada perkhidmatan bot teksi. Tambang ke Jeti Air Batang
Feri sampai kami pun balik sampai jeti pukul 5.00 petang
RM6. Jadi kami ambil bot teksi. Sampai jeti kelam kabut nak balik chalet,
sebab semua orang nampaknya dah ready nak balik. Dah check out bagai.
Dari Pukul 12.30 tengahari zasssss pukul 1.00 tengari kami siap. Kelam
kabut dua diva bersiap.
2.30 petang - Feri baru sampai. Buat kelam kabut jer semua orang bersiap awal. Hmmmm.
Di depan Chalet Air Batang and Restaurant |
Apalagi korang, below RM300 dah boleh bercuti di Pulau Tioman tau.
Comments
Post a Comment