Review The One - Yang Terunggul by Melur Jelita
Assalamualaikum w.r.t
Sambungan kepada The Unsung Hero ini sangat mengujakan. Watak Riyaz yang
mati begitu sahaja harus dihidupkan kembali. Sakinah, ibu yang telah lama mati juga
mungkin hidup kembali. Kisah cinta dan hilang ingatan Mariam terhadap kekasih
dari kecil harus dirungkaikan.
Cinta yang dipupuk oleh Irvan semakin berkembang, Saat-saat untuk
menunggu kedatangan orang baru juga sangat mengujakan. Namun watak yang mati
timbul kembali disaat yang tidak diduga. Perempuan yang dalam menunggu hari
bersalin terganggu dengan kehadiran tunang atau kekasih lama dan penerimaan ibu kandung
yang meyebabkan kemurungan berpanjangan Mariam. Kelahiran watak baru Chahaya si
busuk auw auw tidak sedikit pun menyembuhkan luka Mariam. Kebenaran yang sangat
pahit untuk di telan Mariam. Kebenaran yang sangat kabur untuk difahami Mariam.
Hilang orang yang dipercayai termasuk Irvan, Bak, Bonda kecuali Haziq The
Gojes.
Riyaz mengambil kesempatan atas kelemahan Mariam yang mengalami
kemurungan bagi orang lepas bersalin. Pengalaman Bak melayari rumah tangga di masa lalu dijadikan azimat dan dapat mengukuhkan pendirian
Irvan sebagai suami yang akan bertahan atas penderitaan Mariam yang sekian
lama. Dengan tugas Irvan sebagai Hero tanah air yang selalu bertugas di luar batas waktu amat mencengkam jiwa pembaca. Nasib
baik watak Si Busuk Auw Auw dapat meringankan ketengangan cerita ini. Kelakuan
Mariam terhadap Chahaya sehingga jari kecil itu melecur sangat menguji Irvan.
Nasib baik kesabaran dan memahami penyakit si isteri mudanya itu menjadi benteng
kesabaran Irvan.
Moment-moment manis Irvan dan Si
Busuk Auw Auw terutama nya ketika bercuti di pulau sangat menyentuh hati.
Kedegilan Mariam pula sangat menyinggung perasaan semua orang. Haziq yang
paling memahami akhirnya tewas. Kejadian Haziq jatuh dari tangga yang
menjadikan Mariam sebagai tertuduh merubah segala-galanya. 3 tahun masa untuk
Irvan bertahan semakin hampir. Misi sebagai hero negara juga berada di
kemuncak. Doa seorang isteri untuk mengiringi misi besar negara yang sepatutnya
untuk dipelihara keselamatan bertukar memohon untuk kematian suami. Irvan bertempur di
bumi Borneo. Mariam bertempur di lautan dalam. Sebelum itu, hancur nya hati
seorang bapa apabila Mariam melawan kata-kata Bak.Sebelum itu juga, hati bonda
telah disentap oleh Mariam. Sebelum itu juga hampir sekali nyawa Haziq diragut. Kegalauan jiwa
Chahayamerindui bapa yang bertugas di luar batasan jarak dan waktu tidak sedikit pun di rawat Mariam, namun di saat Chahaya tidak sedarkan
diri, meraung juga si Mariam. Ditengah lautan, sambil bergelut dengan maut
tuhan hantarkan ingatan Mariam yang hilang. Mariam sembuh. Mariam Berjaya diselamatkan
setelah 3 hari hilang dilautan.
Nasib Irvan dan perasaan yang galau setelah berhari-hari bertempur dan
suatu hari biskut kapit berhuruf M
sampai di tangan. Irvan kehilangan harapan untuk hidup. Pertempuran yang dasyat
dan kata-katanya kepada Riyaz rakan seperjuangan untuk menjaga Mariam selepas ini
menunjukkan Irvan sudah hilang harapan. Irvan tewas.
Dugaan cinta Irvan dan Mariam masih belum berakhir walaupun Si Blackswan
sudah jumpa Putera berkudanya dan kebenaran sudah terjawab, Irvan yang sudah tewas meletakkan status rumah tangga berada di hujung
tanduk. Mariam lari semula. Bak yang tersinggung dengan anak kandung sendiri, masih
boleh memaafkan Mariam. Namun, kesalahan
menantu merangkap anak saudara tidak dapat dimaafkan. Mariam mencari
semula ibu kandung nya walaupun pahit penerimaan keluarga baru ibu nya Sakinah.
Mujur keluarga baru ibunya sudah mula menerima. Tidak seperti dulu semasa
pertama kali berjumpa. Akhirnya Irvan terpaksa mengalah dengan ego nya. Mariam
dicari lagi. Segala galau akhirnya dirungkaikan termasuk galau Bak, Bonda, Sakinah dan
juga Halil.
Ending yang mengembirakan. Irvan
dan Mariam akan menerima kedatangan orang baru lagi di bumi Scotland. Haziq
mengikut jejak Abang Wan. Menjadi polis juga si Haziq, lembutnya sudah hilang. Kehidupan baru Irvan, Mariam, Chahaya dan Muhammad di Scotland menjadi ending cerita ini.
salam cik, do you mind to sell this novel 😭 i want to buy this novel if cant may i borrow that?
ReplyDelete