Book Review - Di Bawah Lindunga Kaabah by HAMKA

Assalamualaikum w.r.t

Di Bawah Lindungan Kaabah by HAMKA
Kisah percintaan 2 tubuh yang tidak terucap. Benarlah orang zaman dahulu, tentang perasaan ini sukar untuk di luahkan secara terang-terangan sehingga ia sudah menjadi halal.

Cerita ini diceritakan oleh seorang sahabat, yang mana beliau telah berjanji dengan Almarhum Hamid untuk menyimpan rahsia ini selagi keberadaannya di dunia yang fana. Andai dia telah dijemput Ilahi, almarhum membenarkan beliau untuk menceritakan kisah ini sebagai pedoman untuk semua lebih-lebih lagi pemuda-pemudi akan datang.

Hamid dan Zainab membesar bersama-sama dan hubungan mereka dianggap seperti adik beradik oleh orang tua mereka. Hamid seorang anak yatim yang kematian bapa tinggal melarat bersama ibunya sehinggalah keluarga Zainab berpindah ke rumah agam berjiran dengan mereka. Nasib Hamid terbela apabila ibubapa Zainab iaitu, Engku Haji Jaafar dan Mak Asiah menganggapnya sebagai anak sendiri dan menanggung segala kos perbelanjaan  pelajarannya.

Hamid menjaga Zainab sebagai seorang adik dari zaman persekolahan sehinggalah tamat pengajian. Seperti biasa anak perempuan berhenti belajar sehingga satu tahap dan anak laki-laki akan meneruskan pelajaran jika masih mau. Semasa Hamid meneruskan pengajian jauh di Pasir Panjang, dia mula merasakan bahawa perasaan nya terhadap Zainab sebenarnya lebih daripada seorang abang kepada adik. Ketiadaan Zainab di sisi menjadikan dirinya kosong. Selalu berkira-kira masa untuk menghabisi pelajaran. Di saat pelajarannya sudah habis, diploma sudah digenggam, rasa gembira untuk mengkhabarkan kepada bondanya dan Engku Haji Jaafar dan Mak Asiah, lebih-lebih lagi si Zainab.

Setelah pulang nya Hamid, perjumpaan dengan Zainab menjadikan dia seperti orang bodoh dan tidak mampu berkata-kata seperti yang telah dirancangkan di dalam kepalanya sebelum pulang. Kematian memeritkan iaitu kehilangan Engku Haji Jaafar. Kemudian bonda hamid pula dilanda gering. Pada suatu hari, bondanya hamid menggagahkan diri dari sakitnya berbicara dengan Hamid. Bondanya tahu perasaan anaknya itu terhadap Zainab. Bondanya berpesan agar dibuang jauh-jauh perasaan itu sebelum ia akan semakin mendalam dan akan memakan diri jika dibiarkan. Emas tidak akan setara  dengan Loyang, Sutra tidak akan sebangsa dengan benang. Setelah itu, bonda Hamid pula pergi menemukan Yang Maha Pencipta.

Sekian lamanya, Mak Asiah menemukan Hamid dan memintanya datang ke rumah. Hamid datang dan sempat berkata-kata dengan Zainab namun belum habis kata-katanya Mak Asiah pulang dan berbicara sesuatu yang meruntun jiwa Hamid. Dipintanya Hamid memujuk Zainab untuk bersetuju menikahi calon pilihan keluarga. Dengan berat hati, Hamid terpaksa memujuk dan menyebabkan kedua-duanya patah hati tanpa diucapkan namun masing-masing mengerti.

Hamid pergi membawa diri supaya dirinya tidak menjadi penghalang sebagai tanda hormatnya kepada Mak Asiah serta untuk mengubati lukanya. Diutuskan surat untuk Zainab namun tiadalah diluahkan juga, hanya diberitahu supaya Zainab berbahagia dan tidak melupakan nya sebagai saudara.

Rindu dendam itu laksana lautan yang membadai kedua-dua jiwa anak muda. Zainab menolak perkahwinan dan mula bersakit-sakit kerana terlalu merindukan dan mengharapkan Hamid. Namun kemana jualah dia harus mencari Hamid. Hamid meneruskan hidup di bumi Makkah dan kusyuk menghambakan diri pada yang Esa. Namun, suatu hari sahabat dari tanah air tiba di Makkah dan memberi perkhabaran berkenaan Zainab di tanah air. Sudah sekian lama nama itu tidak didengar dan dibicarakan, hari ini segalanya meruntun jiwa. Hamid juga mula bersakitan kerana dek rindu-dendam yang tidak terucap.

Hamid-Zainab tahu berkenaan perasaan masing-masing melalui surat sahabat mereka Salleh-Rosna. Namun segalanya sudah terlambat. Keduanya sudah hilang harapan dan bersakitan. Akhirnya Hamid pergi menemui Ilahi semasa tawaf dan Zainab dijemput ilahi setelah membaca surat utusan dari Hamid akan perasaannya.

Demikianlah cerita dua darjat yang selalu memisahkan dua jiwa.

Comments

Popular Posts